Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,977 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam.

Ia termasuk dua kes import, sekali gus menjadikan kes kumulatif Covid-19 di negara ini sebnayak 4,777,527.

Lapan kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama termasuk dua kes berlaku di luar fasiliti hospital, menjadikan keseluruhan kes sebanyak 36,305.

Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 27,158 dengan 25,915 menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,178 pula ditempatkan di hospital termasuk 60 orang di unit rawatan rapi dengan 41 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga tempoh yang sama, 2,018 kes sembuh dilaporkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast