KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi menempelak Rafizi Ramli kerana mendakwa UMNO dan Pas tidak buat ceramah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, perkara itu pun mahu dijadikan isu oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Katanya, semua pihak tahu yang datang ceramah yang dianjurkan oleh Rafizi ialah ahli-ahli PKR yang pro denganya kerana tak nampak pun kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
”Bawa trak fitnah kamu ke sana ke mari. Eloklah kamu syok sendiri.
”Ceramah tunjuk kekuatan untuk sisihkan geng Anwar,” bidas Puad lagi.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang mendakwa Pas tidak lagi mampu membuat ceramah yang besar seperti yang dilakukan oleh PKR.
“Pas sembang. Bila kali terakhir saudara-saudari tengok Pas buat ceramah besar? Dia dah jadi kerajaan sudah terikut-ikut dengan Bersatu dan UMNO.
“Dia sudah jadi kerajaan, kalau nak buat program berkempen dia akan kerah segala jentera kerajaan untuk turut sebab kalau dia nak buat macam kita malam ini dengan hanya air liur kita tak bayar orang datang tengok, saya yakin Pas pun tak berani nak buat ceramah macam dengan kita masa zaman 2003, 2013,” katanya Rafizi baru-baru ini
UMNO pula menurut Rafizi ketika ini sibuk menangis berikutan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Dalam perkembangan sama, Puad turut bertanya kepada Rafizi apa jadi dengan fitnah projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).
”Mana salinan sijil nikah Dr Latif dan Zainab Mohd Salleh. Apa cerita terowong Guan Eng yang ghaib. Apa cerita forensik audit terhadap pemilihan PKR?,” soal beliau.
Malah, secara sinis, Puad berkata, nasib Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR pun mungkin sekejap sahaja kerana negara sudah ada beberapa calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.
”Tun M, Muhyiddin, Mukriz, Shafie Afdal, Osman Sapian, Peja dan Dr Shaharuddin tidak lama jadi PM dan MB. Takut Rafizi juga hanya sekejap jadi Timbalan Presiden PKR,” katanya. – MalaysiaGazette
Kalau buat PRU masa banjir, kami sumbat kamu dalam penjara – Rafizi