KLUANG – Tiga maut apabila dalam kemalangan yang melibatkan lima kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan awal pagi tadi.
Mangsa yang meninggal dunia adalah Goh Xuan Ting, 22; Tan You Xing, 18, dan seorang lelaki dewasa berusia lingkungan 40 tahun.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, dua lagi mangsa cedera manakala tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.35 pagi itu melibatkan sebuah kereta Produa Myvi, Toyota Corolla, motosikal, Toyota Hiace dan sebuah lori treler.
“Manakala mangsa cedera parah parah dikenali sebagai Hing May Yin,51, dan seorang lagi mangsa Ayub Kharsani, 52, menaiki kereta Produa Myvi.
“Setibanya pasukan di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan melibatkan lima buah kenderaan dan kerja-kerja mengeluarkan serta menyelamatkan mangsa dilakukan.
“Satu pasukan terdiri daripada tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam serta dibantu enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rahim Razali dikejarkan ke lokasi berlaku kemalangan,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan. – MalaysiaGazette