ACP Vijaya Rao

KUALA LUMPUR – Sekumpulan pemandu trak tunda sedang dikesan polis Klang bagi membantu siasatan berikutan tindakan mereka menghalang lalu lintas di Jalan Batu Tiga menghala ke Jalan Pasar, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, video berdurasi 15 saat yang laman media sosial itu memaparkan beberapa pemandu trak tunda berkumpul dan menghalang lalu lintas di lokasi tersebut.

“Tindakan telah diambil polis dan kesemua pemandu trak tunda itu sedang giat dikesan dan pada masa yang sama akan memanggil penganjur untuk memberikan keterangan.

“Selain itu kami turut mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat dalam insiden itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan berlunaskan undang-undang dan tidak menghalang lalulintas yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Sebarang maklumat berkaitan insiden itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulkanain Johari di talian 019-5597107,” ujarnya. – MalaysiaGazette