Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing meneruskan aktiviti jualan bagi minggu kedua berturut-turut pada minggu lalu dengan jumlah RM186.2 juta, empat kali lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

Aktiviti jualan ini disebabkan oleh jangkaan kenaikan kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang akan mendorong peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

MIDF Research berkata, pelabur asing membeli sebanyak RM47.5 juta sebelum bertukar menjadi penjual pada hari-hari seterusnya.

Katanya, jualan besar pada hari Khamis oleh pelabur asing sebanyak RM153.8 juta manakala pada hari Selasa dan Rabu masing-masing sebanyak RM22.4 juta dan RM57.5 juta.

Institusi tempatan yang telah menjadi pembeli bersih ekuiti dengan jumlah RM91.3 juta pada minggu sebelumnya selepas lapan minggu sebagai penjual, sekali lagi menjadi penjual tetapi pada kadar lebih rendah RM4.7 juta.

Pelabur institusi adalah penjual bersih dari hari Isnin hingga Rabu masing-masing sebanyak RM35.2m pada hari Isnin, RM40.8 juta pada hari Selasa dan RM12.6 juta pada hari Rabu.

Firma penyelidikan itu menambah, pelabur institusi kembali sebagai pembeli dengan belian RM84 juta pada hari Khamis sebelum bursa ditutup pada hari Jumaat.

Pelabur runcit kembali menjadi pembeli bersih sebanyak RM190.8 juta selepas jualan bersih RM48.8 juta minggu lalu.

Mulakan minggu dengan menjual ekuiti bernilai RM12.3 juta, pelabur runcit kemudian membeli sebanyak RM63.2 juta pada hari Selasa, RM70.1 juta (Rabu) dan RM69.9 juta (Khamis).

MIDF Research berkata, sehingga kini, pelabur antarabangsa telah menjadi pembeli untuk 24 daripada 37 minggu tahun ini dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM7.93 bilion.

Pelabur institusi pula adalah penjual bersih selama 29 daripada 37 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM9.91 bilion.

Sementara, pelabur runcit menjadi pembeli bersih selama 24 daripada 37 minggu 2022 dengan jumlah belian RM1.98 bilion.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) merentas semua kelas pelabur kepada +14.7% untuk pelabur runcit, +5.1% (pelabur institusi) dan +58.3% (pelabur asing). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast