ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sungguh melucukan apabila Pakatan Harapan (PH) menggunakan isu kadar ringgit yang lemah untuk menyerang kerajaan.

Pemerhati politik, Lim Sian See berkata, PH mungkin berfikir yang rakyat lupa nilai ringgit merudum sebaik sahaja Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berakhir.

Ringgit jatuh sebanyak 40 sen berbanding AS$1=RM4.20 semasa PH masih berkuasa kerana pelabur tidak ada keyakinan bagaimana PH akan mentadbir negara ini.

”Dan kini, PH pula mendakwa Malaysia akan muflis susulan penurunan 34 sen lagi kepada RM4.54 berikutan kenaikan kadar faedah Fed (Rizab Persekutuan ) AS yang berturut-turut.

”Apa jadi dengan kenyataan Najib turun, ringgit naik, kamu adalah sekumpulan orang tidak cekap yang hipokrit?, kata Sian See.

Dakwanya lagi, berdasarkan graf, nilai ringgit tidak pernah pulih walaupun pada kadar yang hampir menyamai semasa negara di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, sebelum PRU14.

“Kedudukan nilai ringgit selepas itu (PRU-14) tidak pernah sekali dan tidak pernah dekat (pada kadar sebelum PRU-14),” ujarnya. – MalaysiaGazette