KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter daripada RM4.15 kepada RM4.05 seliter bagi tempoh 22 September 2022 hingga 28 September 2022.
Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing masih kekal RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan.
Menurutnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette