kes Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Laporan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) sejak Isnin lalu dianggap sebagai layan istimewa oleh Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar tersebut dalam ciapan di Twitter mendesak supaya penjelasan diberikan terhadap ‘layanan istimewa’ yang diperoleh Ahli Parlimen Pekan berkenaan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan ketika pentadbiran Pakatan Harapan itu mendakwa, rawatan yang diberikan kepada Najib  merupakan satu bentuk ‘layanan dua darjat’ kepada banduan.

So dakwaan pasal ‘merpati’ betul lah? Jadi banduan pun masih ada layanan dua darjat. Kalau info tak leak, rasanya ada keluar ke statement dari Jabatan Penjara?

“Pihak-pihak terlibat harus beri penjelasan kenapa special treatment diberikan kepada Najib,” soal Syed Saddiq.

Najib kini terima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Najib telah dirujuk ke HRC bagi rawatan dan pemantauan lanjutan terhadap tahap kesihatannya.

Menurut jabatan tersebut, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.

Jelasnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 September lalu telah memerintahkan Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu yang tidak memuaskan.

Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab jabatan itu menambah, pihaknya bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga seperti yang termaktub di bawah Akta Penjara.

Ini termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan seperti yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.

Media sebelum ini, melaporkan Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dirujuk ke Hospital Kajang kerana mengalami masalah kesihatan.

Najib dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.-MalaysiaGazette