UMNO Bahagian Masjid Tanah membuat tujuh laporan polis terhadap satu kenyataan menghina Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berhubung kemelut yang melanda Kelab Bola Sepak Melaka United FC (MUFC) di Balai Polis Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka malam ini.

ALOR GAJAH – UMNO Bahagian Masjid Tanah membuat tujuh laporan polis terhadap satu kenyataan menghina Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berhubung kemelut yang melanda Kelab Bola Sepak Melaka United FC (MUFC).

Setiausaha Pemuda UMNO negeri, laporan terhadap Melaka United Fans dibuat sayap Pemuda dan Puteri di Balai Polis Masjid Tanah di sini pada jam 9.30 malam tadi.

Menurutnya, dalam hantaran itu, individu terbabit mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina Sulaiman yang dipercayai merujuk kepada kegagalan MUFC beraksi dalam Piala Malaysia 2022 ekoran kegagalan melunaskan tunggakan gaji.

“Kita mengesan kenyataan menghina ini berlegar di media sosial sejak pagi tadi dan kesal kerana penggunaan kata-kata kesat itu jelas menjatuhkan imej serta maruah Ketua Menteri

“Sehubungan itu, saya dan seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Masjid Tanah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu berharap satu siasatan dapat dibuat pihak berkuasa dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan.

“Tindakan tegas perlu diambil walaupun hantaran itu sudah pun dipadam bagi mengelakkan perkara sebegini berulang dan menjejaskan imej kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Masjid Tanah, di sini, malam ini.

Tambahya, beliau difahamkan, setakat jam 9 malam tadi, terdapat lapan laporan polis juga sudah dibuat berhubung isu sama oleh UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya.

“Saya difahamkan, kesemua enam bahagian UMNO negeri turut membuat laporan sama dan berharap perkara ini dapat segera disiasat pihak berkuasa,” katanya.

Abdul Hakim Abd Wahid

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima semua laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut seksyen 506(b) kanun keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Media sebelum ini melaporkan MUFC memohon maaf kepada penyokong, pemain, jurulatih dan pegawainya kerana pasukan itu tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia 2022 ekoran gagal melunaskan tunggakan gaji.

MUFC dalam satu kenyataannya berkata, sudah mengambil maklum berhubung pembatalan slot TM Piala Malaysia 2022 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berikutan isu berkenaan.

Keputusan dibuat Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas kelab Liga Super tersebut gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji seperti tarikh ditetapkan.

Menurut MFL, pasukan berkenaan telah menerima notis peringatan pada 6 September lalu untuk menyelesaikan tunggakan gaji atau mendapat persetujuan bersama sehingga 20 September, namun gagal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast