Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang disyaki terlibat mendera dua kanak-kanak akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tempoh reman ke atas kedua dua suspek yang merupakan bapa saudara dan ibu saudara mangsa tamat esok.

Tambah beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya telah mendapat arahan untuk menuduh kedua-dua suspek di mahkamah.

“Pasangan suami isteri itu akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak disyaki mangsa dera lari ikut tingkap kondominium

Kes dera dua kanak-kanak, polis tahan ibu saudara dan suaminya

Pada Jumaat lalu, Mohamad Farouk mengesahkan tangkapan ke atas ibu saudara dan juga suaminya yang merupakan seorang pemandu e-hailing kerana disyaki terlibat dalam penderaan dua kanak-kanak itu.

Sebelum ini, seorang daripada kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai didera dan dikurung cuba melarikan diri dengan keluar dari tingkap sebuah kondominium di Ampang sebelum diselamatkan bomba. – MalaysiaGazette