Mohd Radzi Md Jidin

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau akur keputusan parti meletakkannya di mana sekalipun  untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tidak menafikan secara keras bakal bertanding di Putrajaya melawan Barisan Nasional (BN), namun Menteri Kanan Pendidikan itu juga tidak mengiyakan desas-desus berkenaan.

“Sebagaimana saya sebut sebelum ini, berkaitan di mana saya nak bertanding jawapan saya, apa sahaja yang ditetapkan oleh parti itulah saya ikuti, saya orang parti apa sahaja parti tetapkan saya ikut.

“Rumah saya di sini (Putrajaya) jadi saya dengan masyarakat Putrajaya adalah jiran tetangga (sebab itu banyak program di Putrajaya),” katanya ketika sidang media selepas Majlis Wadah Aspirasi bersama Menteri Pendidikan.

Sebelum ini, Radzi telah menafikan dakwaan berkenaan.

Parlimen Putrajaya kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau menjadi Ahli Parlimen Putrajaya selama empat penggal selepas berjaya mengalahkan calon Pas pada  Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan  3,372 undi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast