Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengumumkan pembubaran Parlimen sejurus menghabiskan pembentangan Bajet 2023 adalah rendah.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, tindakan bubar selepas bentang akan menyebabkan orang ramai melabel PM sebagai “mensia-siakan tenaga dan sumber” selain “tidak bertanggungjawab.”

Kor Ming menjelaskan, Bajet merupakan satu produk hasil bertungkus-lumus selama enam bulan.

“Jika PM mengumumkan pembubaran Parlimen selepas menghabiskan pembentangan Bajet, maka Bajet yang dibentangkan juga seakan-akan menjadi sia-sia.

“Kerajaan yang mentadbir negara selepas pilihan raya perlu membentang semula Bajet,” katanya kepada China Press.

Mengenai spekulasi mengenai “lulus tanpa bahas” , Kor Ming berkata, keadaan itu tidak mungkin berlaku.

“Tidak wujud keadaan lulus tanpa bahas, melainkan kesemua 222 Ahli Parlimen memutuskan untuk tidak bersuara selepas satu-satu rang undang-undang dibentangkan.

“Keadaan ini tidak mungkin berlaku kerana saya akan menjadi orang pertama yang bersuara,” katanya.

Sementara itu di Teluk Intan, Kor Ming dilaporkan menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan sama ada pada November 2022, Mac 2023 atau Julai 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast