Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak Covid-19 kepada penerima yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Lembah Klang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 JANUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,924 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam dan kesemuanya adalah kes tempatan.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 4,792,030.

Empat kes kematian yang direkodkan pada tempoh sama menjadikan angka terkumpul 36,348, menurut data COVIDNOW setakat lewat malam tadi.

Kes aktif pula sebanyak 25,278 dengan 1,089 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu 51 kes ditempatkan di unit rawatan rapi hospital termasuk 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejumlah 24,136 kes lagi dikurantin di rumah dan dua di Pusat Kuarantin Rawatan Covid.

Kes sembuh pula sebanyak 2,360. – MalaysiaGazette