KUALA LUMPUR – Orang awam diingatkan agar tidak melakukan aktiviti pantai berikutan fenomena air pasang besar daerah Kuala Langat pada 27 September hingga 29 September 2022.

Majlis Perbandaran Klang berkata, sepasukan Skuad Pantas MPKL melakukan pemantauan di kawasan pantai Kuala Langat pada pagi tadi bermula pada jam 6.19 pagi dengan bacaan paras air setinggi 5.2 meter.

Kawasan-Kawasan rondaan termasuk enam kawasan iaitu di Pantai Morib, Pantai Morib Baru, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjung Sepat.

“Skuad Pantas MPKL ketika menjalankan pemantauan mendapati tiada berlaku limpahan air. Keadaan masih berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Ketika rondaan masih tiada lagi pengunjung atau pelancong yang datang ke kawasan pantai,” katanya dalam Facebook.

Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan berkaitan, boleh menghubungi Skuad Pantas MPKL melalui talian atau whatsapp 0123004256. – MalaysiaGazette