Ketua Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad tiba di Menara Dato' Onn bagi hadir ke Mesyuarat Biro Politik UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR –  Beberapa pemimpin UMNO sudah mula berada di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn petang ini bagi menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu.

Antara yang hadir adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (tengah) tiba di Menara Dato’ Onn bagi hadir ke Mesyuarat Biro Politik UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 SEPTEMBER 2022.

Kehadiran mereka untuk menghadiri Mesyuarat Biro Politik yang bermula 3 petang disusuli dengan mesyuarat Top Five.

Mesyuarat Top Five dikatakan akan membincangkan hala tuju PRU-15.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Rosdy (tengah) tiba di Menara Dato’ Onn bagi hadir ke Mesyuarat Biro Politik UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 SEPTEMBER 2022.

Mesyuarat itu bakal dihadiri oleh lima pemimpin tertinggi UMNO iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan dan tiga naib presiden parti termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga bakal diadakan pada sebelah malam.

Mesyuarat berkenaan dipercayai akan membincangkan hala tuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Media telah mula berkumpul di Menara Dato’ Onn sejak 2 petang tadi.- MalaysiaGazette