Iskandar Mizal Mahmood

KUALA LUMPUR – Pengembalian semula penarafan Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA) Kategori 1 kepada Malaysia oleh Pentadbira Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) akan mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai hab penerbangan dan meningkatkan ketersambungan rangkaiannya.

t Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, penghargaan perlu diberikan kepada Kementerian Pengangkutan
Malaysia (MOT) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang gigih berusaha untuk mengembalikan penarafan IASA Kategori 1 kepada Malaysia.

”Kejayaan ini wajar dipuji kerana segala usaha dibuat ketika industri penerbangan negara masih menangani kesan selepas pandemik Covid-19.

”Pengembalian semula penarafan ini akan meningkatkan keyakinan global terhadap kualiti perkhidmatan navigasi udara kita,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dari perspektif lapangan terbang, kedudukan tersebut akan membantu pemasaran Malaysia Airports Holdings Berhad untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di Malaysia sekali gus meningkatkan ketersambungan rangkaian dan potensi hab negara.

Iskandar menambah, engendali lapangan terbang akan terus memberikan sokongan kritikal bagi peningkatan perkhidmatan navigasi udara.

Beliau memetik inisiatif sistem bersepadu Pembuatan Keputusan Kerjasama Lapangan Terbang (A-CDM) sebagai satu contoh.

Katanya, sistem bersepadu A-CDM akan menyelaraskan operasi lapangan terbang, kawalan trafik udara, syarikat penerbangan dan pengendali darat pada platform bersatu untuk meningkatkan operasi trafik udara melalui kebolehramalan yang dipertingkatkan bagi peristiwa dan penggunaan sumber yang optimum. – MalaysiaGazette