Allahyarham Muhamad Fadzil Ahmad

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhamad Fadzil Ahmad meninggal dunia hari ini.

Berita kematian allahyarham dimaklumkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menerusi hantara di Facebook beliau.

Menurut Mohamad, allahyarham yang merupakan seorang peguam muda itu telah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

“Menerima berita duka pemergian Ustaz Muhamad Fadzil Ahmad, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional.

“Seorang peguam muda yang sangat dedikasi dan tokoh muda yang berwawasan. Bagi pihak Parti Amanah Negara, kami sangat terasa dengan pemergian beliau. Beliau pergi meninggalkan isteri dan lima orang anak,” tulisnya.

Mohamad turut mengucapkan takziah kepada balu allahyarham serta ahli keluarga dan sahabat handainya.

“Marilah kita doakan semoga beliau dikurniakan setinggi keampunan dan ditempatkan bersama hamba hamba yang soleh,” katanya. – MalaysiaGazette