Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak 'PICKids' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 03 FABRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,360 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam termasuk satu kes import.

Pertambahan ini menjadikan kes Covid-19 di negara ini bertambah 4,805,649.

Sebanyak satu kes kematian sahaja dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan angka kumulatif 36,375, menurut data COVIDNOW.

Kes aktif yang dilaporkan dalam tempoh sama sebanyak 24,097 dengan kes yang dirawat di hospital sebanyak 977.

Daripada jumlah itu sebanyak 45 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 2,271. – MalaysiaGazette