Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) membantah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan hujung tahun ini bukan kerana takut kalah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, perubahan iklim atau ‘kiamat iklim’ seperti yang ditulis beberapa pihak bukan sesuatu yang dibuat-buat.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR memberitahu, banjir kilat dan tanah runtuh pula tidak akan bertanya mangsa menyokong parti mana jika ia mahu berlaku.

“Monsun, ribut dan taufan, bila tiba, tidak akan bagi laluan untuk mana-mana pilihan raya. Ini bukan soal konfiden menang atau tak. Ini soal harta dan nyawa rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, Perikatan Nasional (PN), PH dan Gerakan Tanah Air (GTA) bimbang mereka akan mengalami kekalahan mutlak sekiranya PRU-15 diadakan hujung tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin-pemimpin kanan kesemua parti berkenaan sebelum ini menyatakan mereka bersedia menghadapi PRU-15. – MalaysiaGazette