The Member of Parliament of Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim during the Special Parliament Sitting at the Dewan Rakyat in Kuala Lumpur. PIX: Courtesy of the Department of Information / 26 JULY 2021. RMK12 book
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dikritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Pembangkang itu, pihaknya hairan dengan kenyataan Tengku Zafrul yang tidak bimbang dengan krisis ekonomi dan kejatuhan meurudum nilai mata wang negara sekarang.

“Ini satu-satunya Menteri Kewangan di dunia yang tidak bimbang dengan kejatuhan nilai ringgit. Saya hairan dengan kenyataan itu,” katanya ketika soalan tambahan pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum ini mengemukakan soalan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai prestasi Pasukan Khas Jihas Tangani Inflasi dalam menangani kadar inflasi keseluruhanya yang meningkat kepada 4.4 peratus.

Kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson itu merujuk kepada kenyataan Tengku Zafrul bahawa Malaysia tidak menuju sebarang krisis ekonomi dan kewangan meskipun nilai ringgit menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Ketika menjawab soalan Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pagi tadi, Tengku Zafrul berkata keadaan ini didorong oleh asas ekonomi dan sistem kewangan negara yang lebih kukuh berbanding ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998 lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tengku Zafrul tolak dakwaan Malaysia bakal hadapi krisis ekonomi