KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul 36,380.
Kes jangkitan baharu yang dilaporkan pada tempoh sama pula sebanyak 1,244 termasuk empat kes import.
Pertambahan itu menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,806,889.
Statistik COVIDNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 23,331 dengan 968 ditempatkan di hospital.
Manakala jumlah kes yang dirawat di unit rawatan rapi pula sebanyak 46 dengan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula sebanyak 2,005. – MalaysiaGazette