Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menambah tempoh pengundian selama satu jam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) , Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tempoh pengundian yang sebelum ini bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dilanjutkan kepada pukul 6 petang.

Masa pengundian dipanjangkan selama satu jam iaitu bermula 8 pagi hingga 6 petang bagi Semenanjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak berbanding pada PRU -14 iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang sahaja.

“Pemanjangan tempoh masa ini dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk membuang undi,” jawab Wan Junaidi dalam jawapannya bagi soalan bertulis semalam.

Menurut Wan Junaidi, penambahan tempoh pengundian itu antara lima penambahbaikan yang diberikan SPR bagi memastikan
penjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisienen, adil dan telus.

Antara lain adalah mewujudkan saluran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas dan saluran orang kelainan upaya, penambahan pusat pengundi dan saluran, dan pemansuhan syarat undi pos luar negara.

Permastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Negeri yang sedang berkuat kuasa, jelasnya. – MalaysiaGazette