KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.95 seliter bagi tempoh 6 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal masing-masing kepada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette