BENTONG – Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber yang telah ditutup hampir setahun telah dibuka secara rasminya hari ini.
Dengan pembukaan ini, orang ramai sudah boleh menggunakannya, sekali gus mempercepatkan tempoh perjalanan dari Bentong ke Raub.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan RM5 juta untuk kerja-kerja pembaikan itu.
Kerja-kerja itu menelan kos sebanyak RM5.168 juta.
Kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan telah dimulakan pada 20 Januari lalu selepas berlaku runtuhan pada November 2021.
Tetapi, ia runtuh sekali lagi pada 18 Mac akibat akibat hujan lebat.
“Terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang kerana memantau kerja pembaikan dan dapat disiapkan seperti dalam dijadualkan walaupun berlaku sedikit kelewatan kerana Monsun Timur Laut,” tambahnya. MalaysiaGazette