Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan Covid-19 ekoran angka positif yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2022. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,808, 368 dengan 1,483 kes baharu semalam.

Jumlah kematian turut bertambah lima kes lagi kepada 36,385.

Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif yang direkodkan dalam tempoh sama sebanyak 22.957 dengan 957 kes dirujuk ke hospital.

Daripada jumlah itu 42 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 23 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 21,958 lagi dikuarantin di rumah.

Kes sembuh pula sebanyak 1,852. – MalaysiaGazette