Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM2.5 bilion hilang akibat terpedaya dengan kes-kes penipuan menerusi panggilan telefon dalam tempoh 2018 hingga September lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah kerugian itu membabitkan 79,559 kes yang direkodkan sepanjang tahun 2018, dari Januari hingga 15 September 2022.

Beliau menjawb pertanyaan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam-PH) yang mahu kerajaan memperincikan berapa kes penipuan telefon yang menyebabkan wang simpanan mangsa dikeluarkan tanpa izin dari tahun 2018 sehingga kini.

Hamzah berkata, orang Melayu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 42,755 kes dan Cina 21,225.

Lain-lain kaum pula seramai 8,540 orang manakala 7,039 pula mangsa berbangsa India.

Lingkungan umur 21 hingga 40 tahun adalah antara golongan yang paling tinggi menjadi mangsa kepada jenayah ini,” kata Hamzah lagi. – MalaysiaGazette