Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) lima hingga 12 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,722 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,818,082.

Manakala dua kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama, menurut statistik COVIDNOW.

Ini menjadikan kes terkumpul kematian sebanyak 36,387.

Kes aktif pula 23,038 dengan 979 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu 48 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 26 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 22,011 lagi menjalani kuarantin di rumah.

Menurut COVIDNOW, jumlah sembuh pula 1,639. – MalaysiaGazette