Penularan hantaran di media sosial berkaitan penangguhan sambutan Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2022 adalah palsu.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kesal dengan penularan hantaran di media sosial berkaitan penangguhan Hari Sukan Negara 2022 pada 8 Oktober 2022.

KBS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sambutan Hari Sukan Negara 2022 yang bermula esok hingga 9 Oktober akan berlangsung seperti yang dijadualkan.

Sehubungan itu, tiada pembatalan atau penangguhan berhubung program dan aktiviti yang telah dirancang, kata kenyataan yang sama.

Sebarang maklumat dan perkembangan boleh dirujuk di portal rasmi Hari Sukan Negara, www.harisukannegara.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast