logo luar negara
Gambar hiasan

QUITO – Sekurang-kurangnya lima banduan terbunuh dan 23 orang lagi cedera dalam rusuhan terbaharu yang menggemparkan sistem penjara Ecuador.

Daripada jumlah yang cedera dalam rusuhan itu, 18 adalah banduan dan lima lagi anggota polis, menurut agensi pentadbiran penjara Ecuador menerusi Twitter.

Agensi itu berkata, rusuhan itu dicetuskan oleh kumpulan pengedar dadah yang saling berebut untuk mengawal penjara.

Senjata api dipercayai digunakan dalam rusuhan di penjara yang terletak di bandar pelabuhan barat daya Guayaquil.

Kejadian itu merupakan kali kedua minggu ini selepas insiden sama berlaku di penjara dekat Latacunga yang menyebabkan 16 banduan maut termasuk pengedar dadah serta 43 lagi maut.

Kira-kira 400 orang banduan terbunuh dalam tahanan sejak Februari 2021 kerana rusuhan. – Xinhua