Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Walaupun pengurangan kadar cukai pendapatan individu sebanyak dua peratus disambut baik pelbagai pihak, tetapi ada pula  yang khuatir usul dalam Bajet 2023 itu akan menyebabkan pembaziran.

Presiden Dewan Perniagaan Perlindungan Pengguna Dunia (WCPCC), Moses Wong  berkata, pengumuman itu akan menyebabkan pengguna mempunyai lebih banyak wang boleh belanja, tetapi impak positifnya terhadap ekonomi mungkin mengambil masa.

Katanya, apa yang dibimbangkan sebaliknya adalah pengguna mungkin merasa diri “berduit” , sekali gus mewujudkan tabiat membazir.

“Hakikatnya, keadaan ekonomi belum cerah, oleh itu orang ramai janganlah berbelanja tanpa kawalan sehingga menimbun hutang,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.

Dalam pada itu,  pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan berkata, walaupun penurunan kadar cukai mengurangkan hasil kerajaan, tetapi ia juga mengurangkan beban cukai M40.

“Ini bagaikan pemberian bantuan secara tidak langsung kepada M40 terutamanya buat mereka yang berasa tertekan dengan inflasi,” katanya.

Dengan wang belanja yang lebih banyak, Tia Guan berkata, wang itu akan mengalir ke dalam ekonomi dan membawa kesan berganda kepada ekonomi.

Seorang lagi penganalis ekonomi, L.L. Kong juga bersetuju bahawa pengurangan kadar cukai sedikit sebanyak akan merancakkan kegiatan ekonomi.

Katanya, bajet-bajet sebelum ini tidak menguntungkan M40 secara langsung, tetapi Bajet 2023 telah membawa dua khabar baik kepada golongan itu melalui pengurangan kadar cukai dan pemberian kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada M40.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast