Tan Sri Mohd Yussof Latiff

GEORGE TOWN – Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yussof Latiff menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen hari ini adalah tepat pada masanya.

Jelas beliau, ia susulan kerajaan pimpinan Ismail Sabri dilihat bergolak apabila 12 menteri Kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bagi membantah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

“Kerajaan pimpinan beliau (Ismail Sabri) sendiri seolah-olah tidak menghormati beliau dan belum pernah berlaku dalam sejarah anggota kerajaan tidak menghormati seorang Perdana Menteri.

“Jadi disebabkan itu eloklah kuasa rakyat dikembalikan kepada rakyat untuk membentuk semula sebuah kerajaan yang stabil,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Yussof berpandangan kerajaan negeri yang enggan bubarkan Dewan Undangan Negeri akan menghadapi risiko untuk Pilihan Raya Negeri selepas PRU-15.

“Ia kerana segala jentera pada peringkat pusat akan digembelengkan menghadapi PRN tersebut,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast