KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 peminat hadir meriahkan acara Morning Morning Suria Belanja Makan di Kelantan, Terengganu dan Melaka untuk beramah mesra dan bergambar bersama penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Suraya dan Shuib, baru-baru ini.

Acara belanja makan itu bermula dengan sarapan pagi di Ayang cafe Kota Bharu dan makan tengahari di restoran Make@Tunjung sebelum rombongan Suria FM menuju ke Kuala Terengganu untuk makan malam bersama pendengar di  D’Perahu Seafood ShahBandar.

Acara diteruskan lagi dengan sesi bersarapan pagi di Nasi Dagang Atas Tol dan makan tengahari di Aurora Coffee House, Dungun,Terengganu.

Di Melaka, restoran The Wau di jalan Kg Hulu menjadi pilihan untuk lokasi makan malam sementara kedai Roti Canai Kayu Arang untuk bersarapan pagi dan Restoran Berkat Salam Asam Pedas sebagai lokasi untuk makan tengahari.

Pendengar Suria FM yang hadir juga berpeluang menangi sebahagian daripada RM5,000 menerusi pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang acara berlangsung antaranya sesi soal jawab mudah selain sesi karaoke santai.

Ramai yang berjaya menangi barangan eksklusif Suria seperti t-shirt, beg, lanyard dan sticker kereta Suria FM.

Pengunjung di Terengganu turut berpeluang berhibur dengan persembahan istimewa daripada Aiman Sidek yang sedang popular dengan lagu Cinta Sejati.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid yang dikenali DJ Lin berkata, siri Morning Morning Suria Belanja Makan itu istimewa kerana buat pertama kalinya menampilkan Shuib sebagai penyampai baharu Suria FM yang bertugas untuk segmen ‘Morning Morning Suria’ bergandingan bersama Ajak dan Suraya, keudara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

“Kali ini kami memilih lokasi berbeza berbanding siri Jelajah 90 Suria yang telah pun diadakan Ogos lalu di Johor, Pahang, Kedah dan Lembah Kelang.

“Kami amat berbesar hati dan bersyukur dengan sambutan hebat dari peminat Suria FM di Kelantan, Terengganu dan Melaka terhadap acara Jelajah ‘Morning Moring Suria Belanja Makan’ pada tahun ini.

“Lebih terharu, apabila melihat para peminat dah pun tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang untuk makan bersama Penyampai kesayangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

DJ Lin menambah, jualan barangan eksklusif Suria juga berjaya mencatatkan lebih RM10,000.

Beliau berkata, siri Morning Morning Suria Belanja Makan akan diteruska di Pulau Pinang dan Perak bermula 28 oktober ini hingga 30 Oktober nanti.

“Keluarga Suria FM akan berkampung di sana  selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad untuk belanja Pendengar Suria FM makan secara percuma,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast