Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika bercakap pada sidang media khas berkenaan persiapan menghadapi pilihanraya bagi Parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di PRU 15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 OKTOBER 2022.

PUTRAJAYA – Tidak ada sebarang kemungkinan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibarahim akan mengadakan kerjasama menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 berkata, beliau tidak mempunyai sebarang isu untuk sekali lagi bekerjasama dengan Anwar.

Bagaimanapun menurut Mahathir,  Anwar yang mempunyai masalah untuk bekerja sekali lagi dengannya.

Mahathir menjawab soalan media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan kepimpinan GTA hari ini, sama ada beliau akan mengadakan kerjasama dengan Anwar seperti yang berlaku pada PRU14.

“Soalan ini sepatut diajukan kepada beliau (Anwar). Tanya dia bolehkan dia berkerja dengan saya?

“Masalahnya ialah dia tidak mahu bekerja dengan saya. Saya seorang yang baik,” kata Mahathir sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin.

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika bercakap pada sidang media khas berkenaan persiapan menghadapi pilihanraya bagi Parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di PRU 15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 OKTOBER 2022.

Pada PRU14, Mahathir yang keluar daripada UMNO dan menubuhkan Bersatu telah menghulurkan tangan kepada musuh politiknya sejak tahun 1999, Anwar untuk menumbangkan BN.

Kedua-dua pemimpin utama negara itu bermusuh ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Anwar sebagai timbalannya.

Anwar telah dituduh melakukan perbuatan tidak bermoral yang menyaksikan beliau kemudiannya dihukum penjara selepas didapati bersalah oleh mahkamah.

Pada PRU14, Anwar yang ketika itu masih dalam penjara selepas menjalani hukuman buat kali kedua juga disebabkan tuduhan kesalahan moral, bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir bagi menumbangkan BN.

Pihak Anwar mendakwa persetujuan itu dicapai berikutan janji Mahathir sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PH.

Selepas hampir dua tahun pemerintahan Mahathir tidak menyerahkan jawatan tersebut sebagaimana dijanjikan dan menyebabkan pemimpin PH mendesak Mahathir untuk mempercepatkan peralihan kuasa.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan beliau tidak akan menyerahkan jawatan itu sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dianjur Malaysia November 2020.

Bagaimanapun Mahathir meletakkan jawatan tersebut pada Februari 2020 selepas berlaku ‘pemberontakan’ dalam PH dengan berpuluh ahli-ahli Parlimen Bersatu diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbelas ahli Parlimen PKR keluar daripada gabungan PH.-MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

  1. Bodoh lah orang itu yang percaya dengan si tua tu. Dia punya auta keling pun tak boleh lawan tau. Macam tidor sekatil dengan ular. Kaki tipu dan putar alam. Lagi mau kerja sama brader anwar

Comments are closed.