IPOH – Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan reput berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mayat itu ditemukan dalam kawasan semak selepas pihaknya menerima maklumat pada 5.25 pagi tadi mengenai sebuah kereta yang terbabas di tepi longkang.

“Semasa anggota polis tiba untuk menjalankan siasatan mengenai kemalangan itu, mereka telah menjumpai satu mayat reput dalam kawasan semak dengan jarak lebih kurang dua meter dari lokasi kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu seorang lelaki itu terbabas.

“Mayat lengkap berpakaian dan didapati tiada kesan kecederaan pada badan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Yusri berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut supaya menghubungi Ketua Balai Polis Tambun Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222 491 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast