Foto BBC Sport.

KUALA LUMPUR – Manchester City layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas seri 0-0 ketika berdepan FC Copenhagen walaupun beraksi dengan 10 pemain awal pagi tadi.

Skuad kendalian Guardiola kehilangan Sergio Gomez yang dilayangkan kad merah kerana kekasaran di Stadium Parken, yang mana penyerang City, Riyad Mahrez juga gagal menyempurnakan penalti pada babak pertama.

Ketika Erling Haaland direhatkan menjelang kunjungan City ke Liverpool Ahad ini, juara bertahan Liga Perdana itu gagal menemui gawang buat pertama kali dalam 24 perlawanan semua kejohanan.

Namun Man City mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati berbaki dua perlawanan selepas Borussia Dortmund seri 1-1 bertemu Sevilla dalam satu lagi aksi Kumpulan G.

Berikut keputusan Liga Juara-Juara lain awal pagi tadi:

Kumpulan E

Dinamo Zagreb (CRO) 1 Salzburg (AUT) 1

AC Milan (ITA) 0 Chelsea (ENG) 2

Celtic (SCO) 0 RB Leipzig (GER) 2

Kumpulan G

Borussia Dortmund (GER) 1 Sevilla (ESP) 1

Kumpulan H

Maccabi Haifa (ISR) 2 Juventus (ITA) 0

Paris Saint-Germain (FRA) 1 Benfica (POR) 1

– MalaysiaGazette