KUALA LUMPUR – UMNO sudah menjangka keputusan Pas untuk terus bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.
“Dengan keputusan ini, UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung keputusan Pas memilih untuk bersama PN yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dengan keputusan Pas itu, masa depan dan hala tuju kerjasamanya dengan UMNO dalam Muafakat Nasional menjadi semakin kabur.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki pernah menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa selepas PRU15 sekiranya Pas dan UMNO bertembung di 27 kerusi Parlimen berisiko tinggi di Semenanjung. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Pas kekal dengan PN, PRU tiga DUN tahun depan
UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran BILA MUNAFIK berkata…..
.hakikatnya umnongok dengan EGO tutup pintu dengan ppbm dengan alasan dkhianati dan dendam…JIKA IKHLAS boleh berdamai buang yang keruh ambil yang jernih..berpegang teguh pada TALI ALLAH jangan kamu berpecah belah
.PAS berusaha menyatukan 3 PARTI MELAYU ISLAM…tapi umnogok DULU KINI DAN SELAMANYA teruskan keegooan TIDAK ambil IKHTIBAR kecundang PRU14 dan cari TALIAN HAYAT pada PAS