Rosli Abdul Jabar

KUANTAN – Pas Pahang meminta semua ahli yang memiliki akaun media sosial menukar profil berimejkan Perikatan Nasional (PN)

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, ia dilakukan berikutan tindakan Pas Pusat memperkukuhkan kerjasama di dalam PN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ini membawa maksud bahawa Pas Pahang akan bertanding di dalam PRU 15 di atas tiket Perikatan Nasional. Logo yang bakal digunakan oleh PAS ialah logo Perikatan Nasional.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan diberikan kekuatan untuk bekerja keras bagi merealisasikan hala tuju tema ‘PN teraju Pahang’,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, logo PN perlu diperkenalkan secara meluas dari sekarang dalam apa sahaja medium, samada media cetak atau sosial media. – MalaysiaGazette