Hamzah Zainuddin

 

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik dan menghargai ketetapan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) untuk terus memperkukuhkan kerjasama bersama Parti Perikatan Nasional (PN) dalam PRU-15.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah memutuskan akan memperkukuhkan kerjasama dengan PN untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) atas prinsip penyatuan ummah.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, bagi memastikan kejayaan parti PN dalam PRU-15, Bersatu memberikan komitmen sepenuhnya untuk memantapkan serta memperhebat gerak kerja jentera bersama parti-parti gabungan lain termasuk Pas, Gerakan, STAR dan SAPP di semua peringkat akar umbi.

Menurutnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat semalam telah membincangkan cadangan serta maklum balas berkaitan Manifesto PRU-15 PN yang dirangka oleh Jawatankuasa Manifesto yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast