Pihak bomba dan polis sedang berusaha menyelamatkan mangsa terkandas di kawasan punca air terjun Telaga Tujuh, Langkawi hari ini.

LANGKAWI –  Seramai 44 pendaki terkandas di kawasan air terjun Telaga Tujuh di sini, hari ini susulan insiden kepala air.

Difahamkan kesemua berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu melakukan pendakian sejak jam 4 pagi sebelum tiba di punca Telaga Tujuh itu pada jam 7.30 pagi.

Mereka termasuk tiga malim gunung dikatakan rehat setengah jam di puncak tersebut sebelum tiba-tiba hujan lebat sekali gus menyebabkan tidak boleh melintasi sungai susulan aliran deras.

Operasi menyelamat agar sukar susulan aliran air sungai deras.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mendapat maklumat orang awam terperangkap di kawasan terbabit pada jam 10.35 pagi.

“Setakat ini, kita dimaklumkan 44 mangsa terperangkap di kawasan air terjun Telaga Tujuh.

“Bomba dan polis berada di lokasi bagi memberi bantuan. Operasi menyelamatkan semua mangsa masih dilakukan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun difahamkan, pasukan penyelamat berdepan kesukaran memasuki tempat kejadian akibat kepala air dan limpahan sungai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast