Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Pahang akan memastikan calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mempunyai rekod yang bersih dan bebas daripada gejala rasuah.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tapisan calon akan dilakukan dengan merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Calon belum muktamad, senarai masih bincang-bincang, kalau tidak muktamad macam mana kita hendak serah (kepada pucuk pimpinan),” katanya sambil menambah BN Pahang akan menampilkan gabungan calon muka baru dan lama pada PRU15.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis Penyampaian Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Negeri Pahang (I-Push), di sini, hari ini.

Sementara itu,Wan Rusdy berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai jika pucuk pimpinan parti mahukannya. – MalaysiaGazette