Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak dan Labuan sehingga esok susulan kesan ribut tropika Nesan.

Ribut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

Keadaan ini menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan.

Menurutnya, ramalan terkini menunjukkan sistem ini meningkat ke tahap taufan menjelang malam ini.

Dalam masa sama, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama telah dikeluarkan 15 Oktober lalu dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan.

Ia khususnya berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan dalam tempoh 18 Oktober hingga 20 Oktober 2022.

Oleh itu, orang awam dinasihatkan lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast