Foto Instagram Michael Ang.

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit, Michael Ang mengkritik Siti Jamumall yang didakwa sanggup melakukan apa sahaja demi untuk strategi pemasaran.

“Ala… sekarang marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bodoh.

“Kau nak buat content boleh, takda siapa cakap tak boleh. Tapi buatlah content yang boleh dipercayai sikit. Janganlah buat  untuk orang kutuk. Tapi saya rasa orang Malaysia ini suka buat content untuk orang kutuk. Sebab lagi kutuk lagi famous.

“Macam Lesti Kejora dan Rizky Billar tu… saya rasa content sahaja,” ujarnya menerusi Instagram Live.

Dia mengulas insiden pempengaruh yang juga usahawan Siti Jamumall yang kesal apabila rambutnya mengalami kerosakan yang teruk ketika melalui proses melunturkan (bleaching) dan mewarna rambut di sebuah salon.

Menurut Siti Jamumall, rambutnya juga melalui proses bleaching yang agak panjang selain mendakwa dirinya akan botak dalam masa dua minggu.

Berkongsi lagi pandangan insiden itu, Michael turut ‘menegur’ dan mengkritik Siti Jamumall kerana tidak memahami proses bleaching yang sebenar.

“Kalau orang Asia, nak bleach rambut ambil masa satu hingga dua jam, bukan setengah jam seperti yang didakwa. Saya pun bleach rambut dan memang prosesnya ambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.

“Rambut dia tak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan alami keguguran rambut.

“Dia cuma guna alasan itu untuk korang yang tak tahu ingat rambut betul-betul gugur. Lebih-lebih rambut yang halus dan tak kuat, lagi akan gugur banyak,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Siti Jamumall mahu saman salon, dakwa rambutnya rosak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast