KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,873 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes keseluruhan 4,831,981.
Manakala kes kumulatif kematian turut bertambah kepada 36,426 dengan tiga lagi kes baharu.
Sehingga lewat malam tadi, kes aktif yang dilaporkan sebanyak 23,425 termausk 22,360 dikuarantin di rumah.
Seramai 1,022 lagi dirawat di hospital termasuk 43 di unit rawatan rapi dengan 12 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara 1,515 lagi sembuh. – MalaysiaGazette