MELAKA – Seorang wanita bergelar Datuk dan seorang penjawat awam direman selama tiga hari bermula hari ini selepas dipercayai memalsukan dokumen Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka.
Perintah reman sehingga Oktober 21 itu dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor
di Mahkamah Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh berusia 30-an dan 40-an tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 9.15 pagi menaiki dua kenderaan berasingan.
Menurut jurucakap SPRM, tertuduh penjawat awam lelaki berusia 40-an ditahan pada pukul 8 malam tadi diikuti wanita bergelar Datuk berusia 30-an itu yang juga pengurus sebuah syarikat pelancongami kra-kira 15 minit kemudian.
Penahanan dibuat selepas kedua-dua mereka selesai memberi keterangan di pejabat SPRM di Alai di sini malam tadi.
Ia selepas mereka dipercayai mengemukakan satu dokumen yang mengandungi butir matan palsu iaitu Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka untuk menjadi ahli majlis.
Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman itu. – MalaysiaGazette.