Supri Hashim

MELAKA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Supri Hashim berkata, setakat ini tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan oleh mana-mana banduan yang sedang menjalani hukuman penjara.

Arahan ini termasuk kepada Najib jika beliau mempunyai pandangan mengenai suhu semasa politik negara menjelang PRU-15 tidak lama lagi.

“(Najib) tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa kenyataan, malah surat yang dikeluarkan, dokumen yang dikeluarkan pun ditapis terlebih dahulu.

“Nak hantar surat kepada keluarga, nak uruskan apa pun perlu ditapis oleh pihak penjara (Jabatan Penjara Malaysia) dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara yang disempurnakan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Nordin di Muzium Penjara Banda Hilir di sini hari ini.

Supri (kanan) mengiringi Kalsom melihat pameran selepas merasmikan Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di Muzium Penjara Banda Hilir di sini hari ini.

Supri berkata demikian ketika diminta mengulas adakah penyandang Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan mengeluarkan kenyataan berunsur kempen atau pandangan mengenai perjalanan PRU-15 tidak lama lagi.

“Setakat ini (kenyataan berkaitan PRU-15) tidak dibenarkan. Kita (Jabatan Penjara) tiada kena mengena dengan politik dan hanya laksanakan tanggungjawab waima apa sekalipun kerajaan yang memerintah,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tapi Anwar Berahim boleh plak berkempen masa dlm penjara? Tunggu laaa nasib ko bila BN naik…profesional konon..memalukan sungguh

Comments are closed.