KUALA LUMPUR – Ahli Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini juga mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pemeriksaan badan kepada setiap pengundi.
Ia selepas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa agar SPR melarang pengundi membawa telefon bimbit ketika proses pengundian.
“Saya cadang lantik petugas SPR terdiri dari anggota polis, pihak berkuasa tempatan dan penguat kuasa lain untuk laksana pemeriksaan badan di luar bilik tempat mengundi,” kata Setiausaha Peguam Pejuang, Akif Rusli.
Beliau mencadangkan agar setiap bilik mengundi diletakkan dua petugas bagi memastikan penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan ketika mengundi.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, cadangan Dr. Mahathir untuk menghalang penggunaan telefon bimbit ada rasionalnya.
Jelas beliau, ia boleh mengelak budaya rasuah dengan menjual undi kepada parti politik.
“Halang telefon bimbit dibawa dalam tempat mengundi supaya tidak ada ruang untuk rasuah jual beli undi mana-mana parti politik,” katanya.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa SPR untuk melarang pengundi membawa telefon bimbit ketika proses pengundian.
Jelas Dr. Mahathir, pengundi boleh menunjukkan melalui telefon masing-masing bahawa mereka sudah undi calon tertentu dan kemudian menunjukkan kepada parti yang akhirnya mungkin mendapatkan habuan wang.
Katanya, jika tidak dibetulkan segera maka rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya.
SPR hari ini menetapkan 19 November depan sebagai tarikh PRU15 sementara 5 November sebagai tarikh penamaan calon dan 15 November sebagai tarikh undia awal.
Untuk rekod, seramai 21,173,638 pengundi layak mengundi tahun ini dengan peruntukan untuk mengadakan PRU-15 dianggarkan mencecah RM1.01 bilion. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: