Saturday, December 14, 2024
Home Seni Hidup Hubungan kami sudah tamat – Sharifah Sakinah

Hubungan kami sudah tamat – Sharifah Sakinah

Foto Instagram Sharifah Sakinah.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharifah Sakinah mengundang spekulasi mengenai hubungannya dengan suami, Michael Hansen dengan memberi bayangan hubungan mereka sudah berakhir.

Menerusi hantaran dengan memuat naik fotonya bersama suami di Instagram, Sakinah memberitahu, mereka mempunyai pendapat dan ideologi berbeza selain memberitahu tidak dapat meneruskan hubungan mereka.

“Kami berbeza pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi, sebab itu kami tidak boleh menjadi pasangan. Tamat.” tulisnya.

Bulan lalu, pasangan ini baru sahaja bercuti bersama di Dubai pada bulan lalu dan kemesraan mereka ketika itu tidak menunjukkan mereka sedang mempunyai masalah.

Untuk rekod, Sharifah Sakinah dan Michael Hansen mengakui sudah berumah tangga sekitar Februari lalu apabila sering ditanya tentang hubungan mereka.

Namun begitu, adik kepada selebriti Sharifah Shahirah itu memilih untuk tidak menguar-uarkan perkahwinan mereka memandangkan mahu menjaga sensitiviti keluarga Hansen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast