KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan menganjurkan perlawanan amal mengutip dana untuk Mohd Hashim Mustapha.

Perlawanan antara bekas pemain Kelantan dan bekas pemain Terengganu itu akan diadakan secara percuma pada 24 Oktober ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Penonton yang ingin menderma boleh berbuat seikhlas hati sewaktu perlawanan berlangsung dan pihak urusetia akan buat kutipan derma ketika itu.

Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, ia bagi mengutip dana untuk meringankan beban kepada Mohd Hashim yang juga bekas pemain kebangsaan yang mana baru selesai menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat penyakit kencing manis yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

“Kita menjemput dan menyeru seberapa ramai penonton yang boleh hadir pada malam itu untuk sama-sama membantu bagi meringankan beban lagen bola sepak negara ini, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara pemain-pemain yang akan bermain pada malam itu kesemuanya adalah bekas pemain sezaman Hashim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast