JOHOR BAHRU – “Saya tak nak orang Johor menyesal, saya tak nak kita menyesal lagi.”
Itu luahan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengharapkan agar rakyat negeri itu tidak silap pecaturan dalam memilih pemimpin menjelang Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) November ini.
Kebimbangan tersebut dilahirkan pemimpin muda itu menerusi hantaran video laman rasmi Facebook miliknya hari ini.
Di dalam video berkenaan, beliau turut memberitahu, rakyat khususnya di Johor yang telah membuang masa selama empat tahun begitu sahaja sepanjang kepimpinan parti Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Beliau yang juga merupakan Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) dalam PRU-15 itu turut menasihatkan rakyat terutama golongan belia agar berganding bahu demi mencapai kemakmuran di Johor khususnya.
“Kita telah rugi empat tahun dan banyak lagi perkara kita nak lakukan. Kepada anak-anak muda di sini yang termakan dengan janji-janji kosong kita rapatkan saf.
“Selain itu kita perlu berganding bahu untuk memajukan negeri Johor dan antara yang perlu dibuat ialah untuk memilih sebuah kerajaan yang stabil pada masa terdekat ini,” katanya.
Kongsi Onn Hafiz lagi, dalam usaha kerajaan memajukan negeri Johor terdetik rasa gusarnya mengenai perkara-perkara yang boleh menggugat pembangunan dan kestabilan negeri itu.
“Di dalam dunia tanpa sempadan ini di mana fitnah dan tohmahan berleluasa dan berhati-hatilah apabila menerima sesuatu khabar atau berita.
“Saya merayu kepada Bangsa Johor agar semak dahulu dan teliti kebenarannya. Saya merayu kepada semua agar bergeraklah sebagai satu pasukan demi Johor yang lebih stabil,” jelasnya. -MalaysiaGazette
Saya tak nak orang Johor menyesal, saya tak nak kita menyesal lagi.”
rakyat negeri itu silap pecaturan dalam memilih pemimpin Pilihan Raya Negeri bila Rakyat Johor diwarkan cuti JUMAAT akan ditukarkan SEMULA pada AHAD