Pas DAP PASrelief
Abdul Hadi Awang

MARANG – Pas merancang untuk bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, angka itu masih belum dimuktamadkan memandangkan pihaknya masih lagi dalam peringkat rundingan bersama dengan komponen Perikatan Nasional (PN).

“Insya-Allah dapat bertanding lebih 60 kerusi, (bagaimanapun) masih lagi dalam perbincangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Markas Besar P037 Marang di Dewan Tok Guru, di Rusila dekat sini malam ini.

Beliau juga berkata, setiap calon akan terlebih dahulu disaring oleh Majlis Syura Ulama bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk bertanding.

“Setiap calon yang dicadangkan oleh cawangan, oleh kawasan, nama-nama mereka dibawa ke Majlis Syura Ulama, dipanggil pesuruhjaya negeri (untuk) hadir sama, disebut satu-satu nama ini, bagaimana perangainya, sembahyang atau tidak, (dan) akhlaknya. Setiap orang calon ini diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast